Hi assalamualaikum semua. Sebagai tukang urut di tanah Melayu ni, kerapkali la Qist alami macam bisa-bisa badan selepas selesai merawat pelanggan. Menurut Tuan Syed Mahdi Barakbah, rasa sakit atau bisa itu dipanggil badi. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Kita tolong rawat orang, jangan lupa rawat diri sendiri. Jadi, marilah kita mandi limau purut. Disarankan limau purut sebab kandungan acidnya lebih tinggi. (Andai kata betul-betul tak ada pilihan, pilihlah limau nipis). Sebelum itu, Qist ajar cara memotong limau purut dahulu ya. Faham tak? Mula-mula, potong bahagian atas limau purut. (Niat untuk buang penyakit di kepala). Kemudian, potong bahagian bawah. (Niat buang penyakit di bahagian kaki) Lepas tu, boleh potong kiri kanan limau purut. (Niat untuk buang penyakit lain-lain). Hasil potongan ini akan menghasilkan 5 bahagian limau. Nanti pilihlah limau purut kiraan ganjil. 5 ke, 7 ke. Tak perlu banyak-banyak sebab bagi saya, kita yang ke...