Hi assalamualaikum semua. Sebagai tukang urut di tanah Melayu ni, kerapkali la Qist alami macam bisa-bisa badan selepas selesai merawat pelanggan. Menurut Tuan Syed Mahdi Barakbah, rasa sakit atau bisa itu dipanggil badi. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Kita tolong rawat orang, jangan lupa rawat diri sendiri. Jadi, marilah kita mandi limau purut. Disarankan limau purut sebab kandungan acidnya lebih tinggi. (Andai kata betul-betul tak ada pilihan, pilihlah limau nipis). Sebelum itu, Qist ajar cara memotong limau purut dahulu ya. Faham tak? Mula-mula, potong bahagian atas limau purut. (Niat untuk buang penyakit di kepala). Kemudian, potong bahagian bawah. (Niat buang penyakit di bahagian kaki) Lepas tu, boleh potong kiri kanan limau purut. (Niat untuk buang penyakit lain-lain). Hasil potongan ini akan menghasilkan 5 bahagian limau. Nanti pilihlah limau purut kiraan ganjil. 5 ke, 7 ke. Tak perlu banyak-banyak sebab bagi saya, kita yang ke...
Petua herba Tuan Syed Mahdi Barakbah. By Che Qistina Sumaiya. 🤓🤓 🌺RAWATAN LIGAMEN Lutut. Kaedah: 1. Hiris limau purut nipis-nipis bersama kulit. 2. Dimasukkan dalam kain, dibunjutkan. 3. Rendam dalam minyak bijan suam. 4. Tuam sehingga lega 2 kali sehari. 🌺Cara buat minyak lutut. Kaedah: 1. 2 sudu minyak zaitun masuk dalam botol kaca. (Jgn dedah pada matahari) 2. Campurkan dengan 7 titik EO minyak kayu putih, 5 titik EO minyak pudina. Campur dan goncangkan semua. Jampi: Waizaa Batashtum Batashtum Jabbarin. (As-Syuara ayat 130). 🌺Petua batu karang. Kaedah: 1. Ambik air perigi. 2. Baca Al-Hasyr ayat 21. 3. Minum. 🌺Rawat bengkak/ketumbuhan. (petua OA Melanau, Sarawak). Kaedah. 1. 7 biji buah mengkudu muda. 2. Dibalut dgn daun sireh. Dilumatkan dengan lesung. 3. Diletakkan di bahagian bengkak. 4. Buat selama seminggu. 🌺Merawat badan yang lemah. (petua OA Semang, Semenanjung). K...
Hi assalamualaikum semua. Petua ini dikongsikan oleh guru saya Tuan Syed Mahdi Barakbah, semoga Allah kurniakan kebaikan kepadanya. Ameen. Petuanya adalah sediakan kelapa muda dan debu tanah (debu tanah orang buat tayammun). Campurkan air kelapa muda dan debu tanah. Ditapis lalu diberi minum pada pesakit santau dengan dibacakan ayat Al-Kahfi ayat 19. (Ambil yang hujung sahaja). وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا (Wal yatalat tof walaa yus ironna bikum ahada.) Semoga dikurniakan kesembuhan. sumber Kosmo. Moga dijauhkan. Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment