Mandian untuk pulih semangat

Hi Assalamualaikum semua. 
Ini petua dari Tuan Syed Mahdi Barakbah.

Sediakan baldi berisi air. Bacakan ayat surah ali-imran ayat 139. Hembuskan pada baldi tu. Ini jampi untuk pulihkan semangat. 

Kemudian, bacakan serapah berikut:

"Assalamualaikum Nabi Adam.

Aku tahu wujudnya hayat

Gerakmu di wadi mani manikam.

Nyawa pasak hidupmu.

Bersiramlah dgn beradab.

Pulihkan lemah semangat.

Aku bukan dengan kuasa aku.

Aku beserta kuasa Allah..

Berkat lailahaillallah." 

 *********

Minta pesakit ambil wudhu kemudian mandikan dengan air tersebut. Semoga dengan berkat kuasa Allah, Allah kembalikan semula semangatnya yang hilang. Ameen. 

Digalakkan guna air hujan kerana air hujan banyak khasiatnya dalam merawat tubuh badan, gangguan, keseimbangan badan. 

Disclaimer:

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan serapah yang diajarkan, tak mengapa. Boleh guna kaedah lain. Ini amalan orang dulu-dulu. 

Semoga bermanfaat. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara buang bisa/mandi limau purut

Petua Herba Tuan Syed Mahdi Barakbah