Petua Herba Tuan Syed Mahdi Barakbah
Petua herba Tuan Syed Mahdi Barakbah.
By Che Qistina Sumaiya. 🤓🤓
🌺RAWATAN LIGAMEN Lutut.
Kaedah:
1. Hiris limau purut nipis-nipis bersama kulit.
2. Dimasukkan dalam kain, dibunjutkan.
3. Rendam dalam minyak bijan suam.
4. Tuam sehingga lega 2 kali sehari.
🌺Cara buat minyak lutut.
Kaedah:
1. 2 sudu minyak zaitun masuk dalam botol kaca. (Jgn dedah pada matahari)
2. Campurkan dengan 7 titik EO minyak kayu putih, 5 titik EO minyak pudina.
Campur dan goncangkan semua. Jampi: Waizaa Batashtum Batashtum Jabbarin. (As-Syuara ayat 130).
🌺Petua batu karang.
Kaedah:
1. Ambik air perigi.
2. Baca Al-Hasyr ayat 21.
3. Minum.
🌺Rawat bengkak/ketumbuhan. (petua OA Melanau, Sarawak).
Kaedah.
1. 7 biji buah mengkudu muda.
2. Dibalut dgn daun sireh. Dilumatkan dengan lesung.
3. Diletakkan di bahagian bengkak.
4. Buat selama seminggu.
🌺Merawat badan yang lemah. (petua OA Semang, Semenanjung).
Kaedah
1. 5 hiris akar mengkudu direbus.
2. Minum untuk 3 hari sebagai ubat. Tak boleh hari-hari.
🌺Penggunaan daun mengkudu untuk bertungku. (Petua OA Kendayan).
Kaedah:
1. Letak minyak pada daun mengkudu yang dah tua.
2. Layurkan atas api.
3. Letak pada perut ibu berpantang sebelum mula bertungku. (untuk penyerapan minyak atsiri yang lebih baik. Bagus untuk pengecutan lemak)
4. Gunakan juga daun mengkudu sebagai pembalut tungku.
🌺Rawat buasir (Petua OA Bidayuh).
Kaedah:
1. 3 batang mengkudu + sarang lebah kelulut direbus.
2. Buat 3 gelas air. Bagi minum pada pesakit buasir.
🌺Petua Darah Tinggi.
1. Secekak pegaga, sejengkal akar pandan, 3 batang serai, setengah liter air. Direbus dan minum.
🌺Jintan-jintan.
Jintan hitam: Naikkan estrogen.
Jintan putih: Naikkan susu badan.
Jintan manis: Kurangkan selera makan.
🌺Petua cuci darah dalam badan.
Kaedah:
1. 3 pokok dukung anak (akar, daun, batang) direbus.
2. 2 gelas air, minum 2 kali sehari ketika perut penuh.
🌺Petua tingkatkan hormone testosterone.
Kaedah:
1. 3 pokok dukung anak, 3 biji ubi jaga, lengkuas saiz ruas ketiga jari dipotong dan direbus.
🌺Kegunaan akar petawali utk kawal gula, memanaskan badan.
Kaedah:
1. Dose sedepa/selilit pinggang pesakit.
2. Makan sikit-sikit.
3. Kalau pahit, sumbat akar dalam pisang atau, rebus dengan secekak pegaga untuk elak pahit.
🌺Petua org Asli tak rosak organ hati. (leraikan lebihan acid pada hati).
Kaedah:
1. 7 helai hempedu bumi. (ambik daun tgh ranting sebab utk diminum)
2. Cuci daun, masuk dalam segelas air panas.
3. Nak tambah madu pun boleh.
4. Sebulan sekali je.
🌺Petua masalah usus..
Kaedah:
1. 1 inci halia, segenggam pucuk inai, 7 biji lada hitam, kunyit sebesar ibu jari, 3 ulas bawang putih. Ditumbuk dan campur air sikit.
2. Ditapis dan dapatkan air sikit. Minum 2 kali sehari.
🌺Petua kalau cirit-birit.
Kaedah:
1. Daun jambu batu 3/5 helai dimakan.
🌺Petua cuci kandungan.
Kaedah:
1. Nenas muda dibakar bersama kulit. Letak atas api.
2. Minum air nenasnya.
🌺 Petua rawat kayap.
Petua kayap guna akar limau kapas..
kaedah: asah-asah, letak tempat kayap.
🌺Kaedah sembur kayap.
Kaedah:
1. Lada sulah 7 biji, ubi cekur 3 hiris, bawang merah 3 hiris, pinang sekacip nipis, sehelai sireh bertemu urat.
2. Kapur sireh pangkah pada sireh bertemu urat.
3. Ditengah2 daun sireh, campur bahan-bahan lain. Bungkus. Kunyah-kunyah. Sembur tempat kayap.
🌺Kaedah tampal kayap.
1. Daun setawar ganjil.
2. Campur dengan tanah liat. Tumbuk lumat.
3. Tampal pada tempat kayap.
🌺Petua bantutkan kayap.
1. Air liur janda kahwin teruna. Dicampur dengan sarang angkut-angkut.
2. Boleh gantikan air liur dengan air perigi sekiranya tak jumpa. 😹😹😹
🌺Petua tumpah darah.
Kaedah:
1. Rebus asam keping/ganjil.
2. Minum bersama asam keping/air sekali.
🌺Rawat rengat.
-kopi tanpa gula.
🌺Petua rawat meroyan.
Kaedah.
1. Air hujan malam jumaat.
2. Dicampurkan dengan daun2 bidara, daun durian, daun bunga raya putih.
3. Ramas2 dalam air. Mandi.
🌺Petua puting merekah. (mastitis).
Kaedah:
1. Sireh bertemu urat, diletakkan minyak. Layur atas api. Tampal.
🌺Petua rawat bengkak susu.
Kaedah:
1. Daun mangga yang matang, ganjil, ditumbuk dengan garam secubit. Tampal.
🌺Petua varicose vein.
Kaedah:
1. cuka nipah, hiris halia, tumbuk dalam lesung, gaul dalam tepung beras. Tampal pada tempat varicose vein.

Comments
Post a Comment