Posts

Adab memetik tumbuhan menurut Tuan Syed Mahdi

Image
Hi assalamualaikum semua.  Masa saya sertai kelas herba dengan Tuan Syed Mahdi Barakbah, banyak ilmu-ilmu yang beliau kongsikan. Alhamdulillah. Kebanyakan ilmu yang tak pernah dengar pun.  Salah satunya adab memetik tumbuhan. Pastu keadaan macam mana boleh dipetik tumbuhan itu. Sebab kalau kita baca petua-petua herba, banyak ajar ambil batangnya, akarnya, bijinya. Tapi macam mana nak pilih? Jom baca petikan di bawah. 😃😃 Adab-adab memetik tumbuhan.  1. Bagi salam pada Nabi Ilyas.  2. Sebut nama pesakit.  3. Baca al-fatihah.  Jika ada keperluan untuk diambil bahagian-bahagian dalam tumbuhan. Ikut adab berikut.  1. Akar: Pastikan pertumbuhan tumbuhan tersebut terhenti. Macam dah nak layu. Sesuai ambik akarnya.  2. Bunga. Petik masa mekar. Petik waktu pagi. Time tu cuaca ada nampak bayang kita. (perumpamaan) 3. Biji. Buah yang sudah masak.  4. Batang. Pokok yang dah matang.  5. Daun-daun. (Daun yang dihujung ranting: pucuk. Daun yang diten...

Kaedah memilih daun herba dari pokok

Image
 Assalamualaikum semuaaaaa.  Kali ni nak bincang mengenai kaedah  memetik daun herba menurut Tuan Syed  Mahdi Barakbah. Kadang-kadang kita main  petik je kan. Boleh tengok dari gambar di  bawah.  So dah tahu kan? Boleh diamalkan apatah  lagi therapist dan tukang urut Melayu  sedunia yang banyak guna herba. 😃😃

Penggunaan herba dalam perbidanan

Image
Penggunaan herba dalam perbidanan  Tuan Syed Mahdi. By Che Qistina Sumaiya.  Bertungku 🌺Daun mengkudu diletak minyak, layur atas api dan diletakkan pada perut si ibu.  🌺Daun mengkudu juga digunakan untuk membalut tungku.  Bertangas kering 🌺Ditaburkan dengan limau nipis, kunyit, halia.  🌺Kurang risiko jangkitan kuman.  Bertangas basah 🌺Sireh, kulit kayu manis, daun mengkudu.  🌺Sesuai jika tiada jangkitan kuman.  Rendaman faraj. 🌺Manjakani, sireh, garam, asam keping.  Mandi daun/mandi serom/mandi teresat (kelantan).  🌺gunakan daun mengkudu.  🌺bunjut halba untuk digosok-gosok pada kulit.  Lulur 🌺Kulit buah rambai, cekur, halia, beras, kulit limau purut.  Kalau terjadi tumpah darah 🌺Rebus asam keping dalam bilangan ganjil. 🌺Minum air asam keping bersama asam keping sekali.  Kalau berlaku meroyan. 🌺Air hujan malam Jumaat.  🌺Dicampur dengan daun durian, daun bidara, daun bunga raya putih, diramaskan dalam...

Petua Herba Tuan Syed Mahdi Barakbah

Image
Petua herba Tuan Syed Mahdi Barakbah.  By Che Qistina Sumaiya. 🤓🤓  🌺RAWATAN LIGAMEN Lutut.  Kaedah:  1. Hiris limau purut nipis-nipis bersama kulit.  2. Dimasukkan dalam kain, dibunjutkan.  3. Rendam dalam minyak bijan suam.  4. Tuam sehingga lega 2 kali sehari.  🌺Cara buat minyak lutut.  Kaedah:  1. 2 sudu minyak zaitun masuk dalam botol kaca. (Jgn dedah pada matahari) 2. Campurkan dengan 7 titik EO minyak kayu putih, 5 titik EO minyak pudina.  Campur dan goncangkan semua. Jampi: Waizaa Batashtum Batashtum Jabbarin. (As-Syuara ayat 130). 🌺Petua batu karang. Kaedah:  1. Ambik air perigi.  2. Baca Al-Hasyr ayat 21.  3. Minum.  🌺Rawat bengkak/ketumbuhan. (petua OA Melanau, Sarawak). Kaedah. 1. 7 biji buah mengkudu muda. 2. Dibalut dgn daun sireh. Dilumatkan dengan lesung.  3. Diletakkan di bahagian bengkak.  4. Buat selama seminggu.  🌺Merawat badan yang lemah. (petua OA Semang, Semenanjung). K...